BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 22, 2009

MASALAH YANG TIDAK BOLEH DISELESAIKAN…. APA YE?

Masalah yang tidak boleh diselesaikan? Emmmmm, apa ye? Sebenarnya, banyak jugak masalah yang tak boleh nak diselesaikan dalam dunia ni, contohnya adalah seperti masalah penceraian. Sebab itu golongan mereka yang telah mendirikan rumah tangga tetapi tidak lama kemudian berpisah untuk mencari haluan masing-masing amat ramai di negara kita ni. Korang pun tahu kan, orang Melayu ni memang agak payah sikit nak difahami, termasuklah juga aku ni. Huhu... Eh, salah ke aku kata macam tu? Memang betul kan? Sebelum kahwin, bau kentut pun si isteri atau si suami kata wangi. Selepas kahwin, ada semut dalam air atau tak sempat nak ironkan baju pun boleh jadi punca kepada tercetusnya Perang Dunia Ke- 4! Ish, aku sendiri pun tak faham dunia sekarang yang macam ni punya moden pun masih ramai lagi yang tak reti-reti nak selarikan dengan emosi dan juga perlakuan diri dengan perkembangan semasa. Tapi, tak boleh nak salahkan mereka yang terlibat jugak sebab mereka pun ada hati dan perasaan. Aku yang tak pernah melalui semua perkara di atas hanya boleh kata dan memberikan pendapat serta pandangan sendiri jauh dari lubuk hati yang ikhlas. Peh, skemanya!

Walaupun macam tu, punca kepada penceraian tu bermula bila salah seorang daripada pasangan tu tak puas hati dengan pasangan yang lagi sorang. Permasalahan pulak mula berlaku bila pasangan yang tidak puas hati tu tak mahu nak luahkan ketidakpuasan hatinya kepada pasangannya. Haaaa, sebab itulah berlakulah pulak masalah interaksi antara dua hala. Huhu.... Payah benar aku nak bawak masalah ni untuk disimpulkan. Nama pun masalah yang tidak boleh diselesaikan. Samalah jugak macam kita bercinta, kalau ada masalah sikit mulalah nak putuslah, apalah. Kata orang, kalau dah tak suka memang macam tu. Mungkin pihak yang mintak putus tu kata mereka dah tak serasilah, macam-macam! Pada aku, kalau memang dah tak suka tu, tak suka jugak. Manusia ni kan cepat sangat jemu. Kadang-kadang ada yang baru couple seminggu dah putus. Itu dalam masalah cinta monyetlah. Kalau dalam aspek rumah tangga pulak, ada yang sampai beberapa minit selepas nikah pun dah kena cerai. Apalah silap si isteri kepada si suami pun aku tak pasti sampai diperlakukan sampai macam tu sekali. Padahal nikah tak sampai setengah jam, tak sempat lagi nak melewati ’malam’ lagi, tapi dah jadi macam tu.

Dunia ni memang pelik bin ajaib. Betul tak? Setelah sekian lama membina istana cinta dengan binaan yang teguh seperti batu kasih dan pasir sayang, namun masih boleh runtuh oleh api keegoaan. Sesebuah hubungan itu bukan sahaja perlu memiliki kasih dan sayang, tetapi sikap-sikap lain seperti memahami pasangan dan juga banyak memberikan kata-kata sokongan apabila pasangannya mengalami masalah. Pada aku, itulah pendapat yang aku boleh kongsikan dengan korang semua tentang permasalahan yang tak boleh nak diselesaikan. Memang kita semua sedia maklum bahawa penceraian boleh diselesaikan namun semua itu tidak akan berlaku apabila dua belah pihak tidak bersetuju untuk kembali bersama semula. Oleh itu, penceraian adalah kata putus kepada terputusnya ikatan cinta suci yang dibina tetapi penceraiain tiada kata putus yang spesifik untuknya. Bergantung kepada individu itu sendiri. Kepada golongan yang ingin mendirikan rumah tangga, FIKIR DULU SEBELUM BUANG.............

0 comments: